Tentang SSeM

Visi dan Misi


Visi


PENJANA PEWARIS BUDAYA BANGSA

Misi


MEMBANGUN DAN MENGGILAP POTENSI DAN BAKAT MURID DALAM BIDANG KESENIAN KE TAHAP OPTIMUM MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI




Data Murid Perintis SSeM Sabah
















Lagu SSeM Sabah


Di Sini Bermula
Jejak Langkah Warisan Bangsa
Di Sini Lahirnya
Seni Budaya Warga Malaysia
Derap Langkah Seniman Terbilang
Menghimpun Sejuta
Impian Dan Harapan

Di Sini Tercipta
Pentas Lakon Jalinan Jiwa
Di Sini Terserlah
Langkah Tari Gemalai Sukma
Alunan Melodi Bergema
Senada Seirama
Jemari Dan Minda Menyatu
Mewarnai Hidup

Bersama Kita Harungi Cabaran
Semangat Memuncak Bak Kinabalu
Kamilah Pendukung Misi Negara
Kebudayaan Bertaraf Dunia

Bersama Kita Mencipta Sejarah
Penjana Pewaris Budaya Bangsa
Melahirkan Insan Budayawan
Kesenian Semurni Bayu
Inilah Sekolah Seni Malaysia Sabah

Lagu: Wong Shung Shung dan Hasnia Bakre
Lirik: Hasnia Bakre dan Mohd Azhari Hazalan




Logo SSeM
Pencipta logo:Mohd Azhari Hazalan

Pencipta Logo : Mohd Azhari bin Hazalan





Justifikasi Pemilihan Logo



WARNA BENDERA SABAH-Biru, Merah & Putih

*Melambangkan keharmonian dan semangat kerjasama antara warga sekolah dgn masyarakat dalam membangunkan budaya bangsa.


MOTIF ETNIK
- Hiasan Tradisional,Alat Muzik dan Tarian Kebudayaan

*Motif hiasan tradisional mengetengahkan pelbagai jenis motif dan ragam hias tradisi mengikut suku kaum yang terdiri daripada 32 etnik suku kaum yang terdapat di Sabah. Selain itu, alat muzik tradisional juga digarap sebagai identiti unik bagi setiap suku kaum.Manakala salah satu cara untuk mengenali lebih 80 suku kaum di negeri ini ialah melalui tarian kebudayaannya yang masih terpelihara dan dijaga sebagai warisan turun temurun.


GUNUNG KINABALU 

*Melambang keteguhan dan semangat bagi penduduk negeri Sabah serta harapan kejayaan tertinggi bagi semua pelajar SSeM Sabah

0 comments:

Post a Comment